Berjaya memiliki kembali domain faezil.net

domain

Alhamdulillah saya berjaya mendapatkan kembali domain faezil.net yang pernah saya beli dulu.

Saya beli faezil.net pada tahun 2008, setelah saya melepaskan domain pertama saya faezilaidil.com.

Saya memilih .net berbanding .com, mungkin bunyinya nampak ‘IT’ kot berbanding .com.

Tetapi akhirnya saya membeli faezil.com pada tahun 2010, dan melepaskan faezil.net (tidak renew). Tak lama selepas saya melepaskannya, faezil.net sudah mendapat tuan baru.

Nampaknya tuan baru faezil.net sentiasa renew, sehinggalah baru-baru ni saya dapati faezil.net sudah tidak bertuan. Apa lagi, terus saya sambar dan miliki kembali faezil.net, 10 tahun selepas ia dilahirkan.

Manakala faezilaidil.com masih bertuan hingga kini. Entah siapa la yang beli dan sanggup renew setiap tahun. Dah la panjang… susah nak sebut.

Sepanjang saya ‘berpisah’ dengan faezil.net, saya menghadapi beberapa kesukaran. Antaranya adalah, banyak website yang saya daftar menggunakan email faezil.net. Kesannya, apabila saya lupa kata laluan, saya tidak dapat nak buka email memandangkan saya sudah tidak memiliki faezil.net. Apabila mendapati faezil.net sudah tidak bertuan, tentu sekali saya tidak akan melepaskan kesempatan ini. Mungkin kah pemilik sebelum ini terpaksa melepaskan sebab tidak ada sesiapa nak beli dengan harga yang mahal.

Tapi kalau faezilaidil.com dilepaskan oleh pemiliknya, saya belum pasti lagi nak dapatkan balik ke tak. Tu domain bersejarah. Domain pertama yang saya beli.

Sekarang ni yang terkini, saya mempunyai 3 laman peribadi :

  • faezil.net
  • faezil.com
  • faezil.com.my

Faezil.com,my dibina menggunakan platform CakePHP, merupakan blog utama saya. Di situlah segala luahan, pendapat, tutorial dan pengalaman saya dicurahkan di situ.

Faezil.net, laman yang anda sedang tatap ini, menggunakan platform WordPress. Boleh dikatakan blog ini tidak lah begitu serius dan lebih sebagai platform untuk saya berekperimen dengan WordPress.

Saya belum tetapkan lagi nak buat apa dengan faezil.com. Mungkin saya akan gunakan sebagai platform percubaan pembinaan e-commerce. Ada projek baru ke ? Aha.. sudah semestinya. Masih dalam perancangan dan kalau projek ini berjaya, saya akan membeli domain yang lebih bersesuaian. Yela.. takkan nak pakai faezil.com.