Isu PPSMI
Apr 2009
20
Secara asasnya, memang tidak ada salahnya belajar dalam bahasa Inggeris lantaran bahasa tersebut merupakan bahasa antarabangsa. Tetapi bagaimana pun penggunaan bahasa melayu tentunya bukan satu kesalahan jua.
OK... secara amnya, pelajar sekolah terbahagi kepada 3 bahagian: Pelajar pintar, sederhana dan tidak bijak.
Jika pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu :
1. Pelajar Pintar
- Tidak ada apa-apa masalah pun kerana mereka adalah pelajar pintar. Bahkan nak belajar Sains dan Matematik dalam bahasa jepun pun bukan satu masalah besar.
2. Pelajar Sederhana
- Tidak ada masalah dalam pembelajaran dalam bahasa melayu
- Tetapi timbul masalah apabila perlu menggunakan ilmu tersebut dalam bahasa Inggeris
3. Pelajar Tidak Bijak
- Ada masalah sedikit untuk belajar dalam bahasa melayu. Tapi sekurang-kurangnya, mereka dapat timba ilmu asas
- Mereka tidak perlukan Bahasa Inggeris lantaran peluang mereka nak melanjutkan pelajaran agak samar. Jika berjaya lanjutkan pun bukan dalam bidang Sains dan Matematik
Jika pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris:
1. Pelajar Pintar
- Tidak ada apa-apa masalah pun kerana mereka adalah pelajar pintar. Bahkan nak belajar Sains dan Matematik dalam bahasa jepun pun bukan satu masalah besar.
2. Pelajar Sederhana
- Tidak ada masalah dalam pembelajaran dalam bahasa inggeris.
- Namun begitu, ilmu mereka hanya akan berlegar di dalam lingkungan 'Bahasa Inggeris'. Mereka akan hadapi masalah sekali lagi apabila dalam lingkungan bahasa lain.
- Jika ditakdirkan mereka diminta mencurahkan ilmu di negara yang tak menggunakan BI, contohnya Jepun, Korea dll, mereka akan meminta sekali lagi diajar ilmu sains dan matematik dalam bahasa tersebut. Ini dapat dibuktikan apabila mereka dah biasa dengan sains dan matematik dalam bahasa melayu, menghadapi masalah di peringkat universiti yang menggunakan bahasa inggeris
3. Pelajar Tidak Bijak
- Nak belajar dalam bahasa ibunda pun terkial2 inikan pulak bahasa asing ?
Penyelesaiannya
- Pembelajaran Sains dan Matematik dijaar dalam bahasa melayu (selesai masalah golongan 3)
- Golongan 1 seharusnya membantu golongan 3 dengan cara menyebarkan ilmu tersebut dalam bahasa ibunda
- Golongan 2 harus membantu diri sendiri dengan bersikap lebih fleksible. Jangan hanya tunggu suapan semata-mata. Ajar dalam bahsa melayu hanya tahu lingkungan bahasa melayu sahaja. Ajar dalam bahasa Inggeris, tahu dalam bahasa inggeris sahaja. Ajar dalam bahasa korea, tahu bahasa korea sahaja

