faezil.net menuju ke arah pelbagai bahasa
Kali ini, faezil.net sedang menuju selangkah lagi dengan menambah ciri pelbagai bahasa atau multi-language. Jika asalnya sebelum ini faezil.net menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan, kini bahasa inggeris digunakan sebagai bahasa lalai (default). Namun ia bergantung kepada aturan pelayar anda. Sekiranya anda pilih bahasa melayu sebagai bahasa pelayar anda, maka faezil.net akan menjadi bahasa melayu sebagai bahasa lalai. Begitulah sebaliknya. Terdapat juga pilihan bahasa di bahagian sudut atas kanan.
Semestinya ucapan terima kasih diucapkan kepada kerangka CakePHP kerana menyediakan kemudahan untuk membina laman berciri tempatan (localization). Ciri-ciri tempatan ini tidak hanya terletak kepada terjemahan perkataan bahkan termasuk juga format nombor, waktu dan matawang. Bahkan boleh diperluaskan lagi kepada rekaan laman web. Contohnya, jika pilih bahasa melayu, rekaan webnya bercirikan melayu. Kalau pilih inggeris, mungkin bercirikan barat (gambar awek seksi ke...hehehhe).
Mungkin blog pun dipecah-pecahkan mengikut ciri ini. Maknanya kalau ada cetusan yang mengutuk barat, orang barat tak boleh baca....hehehehe
Kalau pilih bahasa melayu dapat berita Utusan dan Murai. Mungkin kalau pilih inggeris dapat berita NSTP (atau berita luar negara) dan gosip hollywood.. waah.. ok la tu
Segalanya mungkin sebab belum lagi dilaksanakan. Masih dalam proses pembangunan

