Pilih Bahasa : Bahasa Melayu | English
Video Panduan eBay

Pendapatan Berulang (Recurring Income) - Impian Semua!

Share |
Jul 2009
19
oleh Zamri Nanyan

Pada kali ini, mari kita bincangkan jenis-jenis 
pendapatan yang anda perolehi di dalam perniagaan atau 
pekerjaan anda, dan kita lihat pendapatan yang 
bagaimanakah patut kita perolehi.

Terdapat tiga (3) jenis aliran pendapatan yang boleh 
diklasifikasikan seperti di bawah.

1. Buat Sekali – Dibayar sekali

Jika anda laksanakan kerja, jualan atau melaksanakan 
sesuatu kontrak sekali sahaja, anda juga akan dibayar 
sekali sahaja dan pendapatan anda akan berakhir di 
situ  sahaja.

2. Berterusan Bekerja – Berterusan Dibayar

Jika anda buat kerja pejabat dari pukul 9 ke 5, anda 
akan berterusan dibayar selagi anda berterusan bekerja 
dengan majikan anda – dan ini biasanya dipanggil 
pendapatan berterusan. Ini adalah jenis pendapatan 
yang "dinikmati" oleh golongan pekerja. Walaupun anda 
seorang pakar bedah otak, peguam atau jurutera, anda 
cuma akan dibayar selagi anda berterusan bekerja. Jika
anda berhenti bekerja baki akaun bank simpanan anda 
akan mula berkurangan.

3. Buat Sekali Dengan Betul – Dibayar Berulang-Ulang Kali

Jenis pendapatan yang ketiga ialah pendapatan berulang  
di mana anda akan dibayar walaunpun anda sudah berhenti 
bekerja. Sebagai contoh, jika anda menulis buku, anda 
akan dibayar melalui pendapatan royalti selagi buku anda 
itu berjaya dijual untuk kerja yang cuma dilakukan sekali.

Kebanyakan daripada orang yang kaya dan hidup mewah 
mencipta kekayaan dari satu bentuk aliran pendapatan 
berulang. Ambil penyanyi Michael Jackson sebagai contoh. 
Beliau masih menerima royalti hasil daripada penjualan 
album yang beliau buat berdekad yang lalu. Beliau juga 
boleh mempakejkan semula lagu-lagu lama beliau dan 
menjualnya untuk menjana pendapatan baru. Beliau tidak 
perlu menghabiskan masa di studio untuk menghasilkan 
lagu-lagu baru untuk mendapatkan aliran tunai yang 
berterusan!

Ianya tidak memerlukan seorang genius untuk mengenalpasti 
apakah jenis pendapatan yang seseorang itu inginkan. 
Pendapatan Berulang (recurring income/residual income/
royalty income) adalah situasi yang paling ideal antara 
ketiga-tiga situasi di atas. Kita semua ingin bekerja 
sekali dan dibayar berulang-ulang kali. Itulah kuasa 
pendapatan berulang-ulang!

Majoriti golongan profesional yang menikmati pendapatan 
seperti ini ialah mereka yang terlibat dalam bidang 
kreatif seperti pelakon, penulis, penyanyi dan pelabur.

Malangnya, tak ramai daripada kita yang dianugerahkan 
dengan bakat seperti Michael Jackson, apatah lagi 
peluang untuk berkecimpung dalam industri yang mewah 
ini. Bagaimanapun, ada satu peluang yang meningkat 
naik untuk orang-orang biasa seperti kita untuk 
menikmati pendapatan berulang dalam abad ke 21 ini.

Betul tekaan anda: ianya tak lain dan tak bukan ialah 
Pemasaran Bertingkat, Pemasaran Rangkaian atau 
Multi-Level Marketing (MLM).


ikhlas,

Zamri Nanyan
www.RahsiaMLM.com

================================================
Zamri Nanyan berjaya membongkar rahsia kejayaan
Tom "Big Al" Schreiter dengan terbitnya ebook
hebat Rahsia Sistem Merekrut MLM. Buat pertama 
kalinya dalam sejarah, buku Tom Schreiter ini
diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Dapatkan
ebook ini sekarang di www.RahsiaMLM.com
================================================