PPSMI dimansuhkan 2012
Jul 2009
10
Tapi semuanya tinggal kenangan. Guru-guru sekolah rendah tidak lagi mimpi ngeri hanya kerana esok nak mengajar tambah tolak darab bahagi. Teringat cerita Bong di TV9, babak di mana Bong mengajar ecah pembahagian (lupa pulak biji apa dia pakai) sehinggakan kakak ecah sangka bong sedang mebahagikan harta..hehehe.
Kini, sasaran kerajaan khususnya kementerian pelajaran (yang asyik bertukar nama kejap pelajaran kejap pendidikan. Jangan nanti jadi edukesyen sudah) untuk memantapkan lagi pembelajaran sains, matematik dan bahasa inggeris dengan cara yang lebih efisyen.
Ada banyak cara lagi untuk memantapkan bahasa inggeris tanpa perlu mengorbankan benda lain. Bahkan ia sebenarnya terpulang kepada pelajar. Mereka boleh berusaha sendiri untuk memantapkan ilmu bahasa inggeris seperti membaca surat khabar/majalah bahasa inggeris, berutusan surat/email dengan pen-pal luar negara. Takkan segalanya nak harapkan kerajaan je

