Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya maka terhasillah laman web 'Dunia Faezil Aidil Jamian' versi ketiga. Jika versi pertama menggunakan Joomla, versi kedua menggunakan template engine Smarty dan kali ini menggunakan framework CakePHP
Berasaskan tema dan fungsi yang ringkas, tidak memaparkan antaramuka yang berlebihan seperti versi-versi sebelum ini.Terima kasih kepada rakan seperjuangan saudara Nuat yang telah memperkenalkan CakePHP dan tidak lupa juga kepada rakan-rakan PHP.net.my khususnya saudara bazet kerana tidak jemu-jemu memperkatakan tentang CakePHP. Terima kasih juga kepada nodethirtythree dan freecsstemplates di atas rekaan laman web ini