Kotak Ruangan Ahli memang dah wujud di situ diletakkan oleh pereka template ini.
Tapi aku nak buat apa dengan ruangan ahli tu ? Memandangkan aku dah reka web ni bukan lah seperti portal komuniti atau forum, adakah relevan ruangan ahli ?
Sebenarnya, tujuan aku bina web ini, disamping memperkenalkan diriku, tetapi juga sebagai satu wadah untuk berkongsi idea dan pendapat di ruangan siber ini.
Pengunjung pula boleh memberi maklum balas terhadap pendapat-pendapat yang telah aku keluarkan. Buat masa kini, semua orang boleh memberi komen tanpa mendaftar. Akan datang mungkin hanya ahli berdaftar sahaja. Bukan apa... hanya untuk menambahkan kemeriahan sahaja
Aku juga ada buat ruangan cetusan idea. Ruangan ini khas untuk semua yang mempunyai idea-idea yang bernas untuk diketengahkan. Lebih kurang jadi macam 'mat jenin' sekejap .. tapi siapa tahu, idea mat jenin boleh dikembangkan menjadi idea yang hebat ?