Get Adobe Flash player

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman peribadi saya.

Nama saya Faezil Aidil Jamian atau lebih dikenali sebagai Faezil. Sudi-sudikan lah menyelongkar isi perut laman saya yang mengandungi pelbagai catatan khususnya panduan-panduan yang berkaitan dengan dunia komputer dan Internet.

Jangan lupa untuk tinggalkan sebarang komen.

Terima kasih

Mood saya hari ini

Mood Personalizer mood image

Mari Menjerit

faezil.net

Pengiklanan

Rakan Blogger

Faezil di Facebook

Yaya Wuz Here

Mencari hadiah buat si dia ?

Apabila rakan kita menyambut hari yang bersejarah, tidak kira sama ada hari ulangtahun, hari perpisahan dan perpindahan serta penceraian, hari jadi, graduasi, kelahiran baru atau apa jua pun, tentunya kita sebagai rakan ingin memberikan sesuatu hadiah sebagai tanda ingatan.

Dan perkara yang sering memeningkan dan menghantui perasaan sanubari mencari hadiah yang unik, terbaik, tahan lama, diminati serta harga yang berpatutan. Mungkin bagi sesetengah orang ‘wang bukan persoalannya‘ tetapi part nak mencari yang unik, lain dari yang lain tu yang payah.

Mengapa tidak kita hadiahkan sesuatu yang direka mengikut citarasa kita ?

Contohnya, jika rakan kita mendapat cahayamata baru, kita hadiahkan mug yang dicetak muka bayinya beserta kata-kata perangsang.

Atau…. buat kekasih hati, hadiahkan kristal yang mengandungi wajah anda berdua. romantik tak ?

Karang ayat-ayat menarik, madah-madah romantik dan abadikan bersama-sama wajah anda berdua, di mug, plat seramik, puzzle, mousepad, penanda buku dan bermacam lagi.

Harganya juga berpatutan dan biasanya tak sampai RM50. Anda hanya perlu pilih sahaja jenis hadiah yang anda inginkan, pilih design yang dah tersedia dan upload gambar anda, si dia atau sesiapa sahaja. Apa yang menarik adalah ia boleh dibuat hanya di rumah sahaja melalui Internet pada bila-bila masa. Pukul 3.00 pagi pun boleh… Continue reading

Bacaan Al-Quran secara streaming

Alhamdulillah akhirnya tercapai jua cita-cita nak meletakkan bacaan Al-Quran di blog. Puas mencari serata dunia (via Internet…hehehe), streaming radio yang menyiarkan bacaan Al-Quran tapi semua yang ditemui tidak memuaskan hati.

Susah sangat… buat sendiri je la. Menggunakan perkhidmatan Listen2MyRadio sebagai penyedia perkhidmatan radio Internet dan FreeQuranMP3 sebagai pembekal audio bacaan Al-Quran.

Kita boleh mendengar secara streaming terus melalui blog faezil.net atau boleh menggunakan pemain muzik kegemaran kita sendiri sama ada Winamp, Media Player, Real Player, Quicktime dll. Hanya klik sahaja ikon player tersebut.

Setiap malam jumaat, bacaan surah Yasin akan berkumandang bermula pada pukul 8 malam – 9 malam.

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan.

Mari kita sama-sama memperbanyakkan amalan di bulan ramadhan ini kerana bulan ramadhan bulan yang penuh berkat. Waktu inilah yang paling sesuai untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah. Jika sebelum ini kita mungkin lalai dan selalu meninggalkan suruhanNya, di ramadhan inilah kita sama2 memperbaiki diri kita.

Janganlah kita menggunakan alasan lapar dan dahaga sebagai alasan untuk lalai dalam tanggungjawab seharian. Sebaliknya, berpuasa seharusnya mampu meningkatkan prestasi dan produktiviti kita. Ini adalah kerana selama 11 bulan, masa dan tenaga kita banyak digunakan untuk ‘aktiviti perut’. Nak menghadamkan makanan pun perlukan tenaga tau :-)

Pada waktu malam, jom kita sama-sama buat solat terawih. Tak kisah la nak buat 8 atau 20. Memang ada yang berkata rasulullah buat 8 je,20 tu bidaah…. Takyah fikirkan… takyah pening2, buat je mana2pun.

Bagi yang terpaksa bekerja pada waktu malam sehingga tak dapat berterawih, janganlah bersedih. Bekerja hukumnya wajib kerana ia adalah janji anda dengan majikan anda. Janji wajib ditunaikan. Maka tunaikanlah pekerjaan anda kerana bekerja pun sebahagian daripada ibadat jugak.

Di bulan ramadhan ini juga kita boleh bertadarus. Jika sebelum ini kita mungkin dah lama tak menyentuh Al-Quran, maka inilah peluang kita untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Membaca Al-Quran boleh menenangkan jiwa… Continue reading

Pen Biru bukan ejen promosi ?

Sejak akhir² ni nampaknya seakan satu trend menulis di wall Facebook fanpage menggunakan ‘pen biru’. Pen biru merujuk kepada fanpage yang telah ditagkan di wall. Fanpage tersebut dicipta menggunakan nama berasaskan ayat-ayat yang menarik dan melucukan.

Majortiti membuatnya dengan tujuan suka-suka semata. Ada fanpage yang membenarkan tag seperti ini dibuat asalkan ayat yang digunakan tidak berunsur promosi atau komersil.

Yeke bukan promosi ? Adakah fanpage sekadar bernama ‘hahahaha’ bukan satu mesin promosi ?

Mari kita ambil satu contoh (contoh semata2…)

Katakanlah sebuah fanpage dicipta menggunakan ayat  ‘Hahahahahahaha’.

Tak nampak promosi kan ? Promosi mendenya kalau takat hahahaha :-)

Lalu ditagkan ke fanpage yang membenarkan pen biru. Seperti yang kita ketahui, pen biru ini boleh diklik dan dilike. Katakan 10 orang telah like pen biru hahahaha tu. Kemudian 10 orang ini tag pulak ke fanpage (yang membenarkan pen biru) dan katakan setiap sorang berjaya menarik 10 orang (ini dinamakan promosi viral )

Pendek cerita… akhirnya dah cecah hampir 60k orang telah like pen biru hahahaha.

Cukup 60k, owner pen biru  ‘hahahaha’ ni pun post iklan kat fanpage pen birunya sendiri dan muncullah iklan tersebut di wall sesiapa yg like……seramai hampir 60k !!!!!

Adakah fanpage yang telah membenarkan pen biru itu berhak menghalangnya… Continue reading

Artisteer 3.0

Artisteer semakin mengganas dengan kelahiran versi 3.0. Pembinaan theme kini menjadi lebih fleksible, lebih pelbagai, mantap dan hebat.

Saya baru sahaja memuat turun dan memasang Artisteer 3.0 malam tadi. Baru je selusuri sedikit dan nampaknya mungkin memberi sedikit senyuman kepada Faris Adli yang pernah berkata theme versi Artisteer agak ‘skema’… tetapi versi kali memberi sedikit kebebasan untuk mereka theme. Jika versi terdahulu, hanya ada 2-3 jenis layout, tetapi kali ini boleh menghasilkan layout yang lebih menarik.

Tema Faezil.net dah diubah menggunakan Artisteer 3.0. Tetapi saya tak buat perubahan besar dan gila-gila memandangkan web faezil.net melambangkan keperibadian. Seharusnya ia direka secara serius. Tapi tak tau la akan datang :hehe:

 

 

 

Page 1 of 912345...Last »