Apabila rakan kita menyambut hari yang bersejarah, tidak kira sama ada hari ulangtahun, hari perpisahan dan perpindahan serta penceraian, hari jadi, graduasi, kelahiran baru atau apa jua pun,
tentunya kita sebagai rakan ingin memberikan sesuatu hadiah sebagai tanda ingatan.
Dan perkara yang sering memeningkan dan menghantui perasaan sanubari mencari hadiah yang unik, terbaik, tahan lama, diminati serta harga yang berpatutan. Mungkin bagi sesetengah orang ‘wang bukan persoalannya‘ tetapi part nak mencari yang unik, lain dari yang lain tu yang payah.
Mengapa tidak kita hadiahkan sesuatu yang direka mengikut citarasa kita ?
Contohnya, jika rakan kita mendapat cahayamata baru, kita hadiahkan mug yang dicetak muka bayinya beserta kata-kata perangsang.

Atau…. buat kekasih hati, hadiahkan kristal yang mengandungi wajah anda berdua. romantik tak ?
Karang ayat-ayat menarik, madah-madah romantik dan abadikan bersama-sama wajah anda berdua, di mug, plat seramik, puzzle, mousepad, penanda buku dan bermacam lagi.
Harganya juga berpatutan dan biasanya tak sampai RM50. Anda hanya perlu pilih sahaja jenis hadiah yang anda inginkan, pilih design yang dah tersedia dan upload gambar anda, si dia atau sesiapa sahaja. Apa yang menarik adalah ia boleh dibuat hanya di rumah sahaja melalui Internet pada bila-bila masa. Pukul 3.00 pagi pun boleh buat pesanan dan hadiah akan sampai ke pintu rumah anda atau rumah penerima hanya 3-4 hari sahaja




(senyum jahat jap)