
Oh yeah…
Setelah menggunakan Artisteer Home Edition selama 3 bulan, akhirnya saya telah menaiktaraf kepada Standard Edition. Terima kasih kepada pasukan Artisteer yang telah memberi kerjasama yang cukup hebat membantu cara-cara nak naiktaraf (yela… sebab diorang dapat duit)
Kenapa saya membeli dan menggunakan Artisteer ?
Saya telah menggunakan CMS sejak beberapa tahun dahulu bemula dengan PHP-Nuke, Mambo, Joomla.org dan kini WordPress. Memandangkan saya bukanlah seorang pereka yang hebat, maka saya bergantung harap insan-insan lain yang sudi mencipta theme/template untuk saya.
Dah tak reti nak mendesign sendiri… cerewet pulak… hahaha.. Ya, mungkin sama seperti anda semua, saya juga punya hati dan perasaan inginkan rekabentuk yang lawa dan memikat jiwa. Masalahnya, saya menghadapi kesukaran untuk mencari theme/template yang sesuai dengan jiwa raga saya. Tidak kira yang percuma mahupun berbayar, saya dah cuba. Ada yang berkenan tapi esok lusa rasa tak lawa pulak.
Seorang rakan forumer saya mencadangkan perisan Artisteer. Anda boleh muat turun dan mencuba kehebatan Artisteer secara percuma.
- Tak perlu kemahiran Photoshop dan programming kerana hanya beberapa klik sahaja dah boleh menghasilkan rekaan yang hebat
- Kalau bosan, boleh ubahsuai rekaan yang kita buat dengan mudah
- Takde idea ? Buntu ? Tak kreatif ? Jangan risau, ada suggestion button. Klik dan pilih je mana yang berkenan
- Boleh merekabentuk theme untuk WordPress, Joomla.org, Drupal mahupun HTML biasa

