Apabila Faezil Menulis

sekadar coretan peribadi

Artisteer 3.0

Artisteer semakin mengganas dengan kelahiran versi 3.0. Pembinaan theme kini menjadi lebih fleksible, lebih pelbagai, mantap dan hebat.

Saya baru sahaja memuat turun dan memasang Artisteer 3.0 malam tadi. Baru je selusuri sedikit dan nampaknya mungkin memberi sedikit senyuman kepada Faris Adli yang pernah berkata theme versi Artisteer agak ‘skema’… tetapi versi kali memberi sedikit kebebasan untuk mereka theme. Jika versi terdahulu, hanya ada 2-3 jenis layout, tetapi kali ini boleh menghasilkan layout yang lebih menarik.

Tema Faezil.net dah diubah menggunakan Artisteer 3.0. Tetapi saya tak buat perubahan besar dan gila-gila memandangkan web faezil.net melambangkan keperibadian. Seharusnya ia direka secara serius. Tapi tak tau la akan datang :hehe:

 

 

 

Apabila Blogspot Down

Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan apabila blogger.com menutup sementara perkhidmatan blogspot.

Wargghhhh !!!! Cerita blogspot down lagi ke ? :marah:

Dah la blog takleh bukak… kena kecam kena sindir dengan pengguna wordpress pulak tu. Faezil.net nak sindir pengguna blogspot jugak ke ? :sedih:

Hahahaha :hehe: (senyum jahat jap)

Saya pernah menulis perbezaan dan perbandingan WordPress (self-hosted) dan Blogspot.

Secara amnya, sememangnya tiada yang terbaik kerana apa yang paling penting adalah serasi dan secocok dengan diri kita sendiri. Tak guna kalau kita pilih yang terbaik di dunia tetapi tak sesuai dan menyusahkan diri kita.

Errkk.. mnyusahkan diri sendiri ? Ada ke benda terbaik tetapi menyusahkan ?

Kita ambil satu contoh la…. kereta BMW sememangnya antara yang terbaik di dunia. Tapi semestinya tak sesuai jika diberikan kepada budak kecik yang baru nak belajar naik basikal roda tiga. Atau, setakat nak gerak ke tempat 500m pun naik BMW ke ? Alahai……

Blogspot adalah pililihan terbaik jika keperluan dan kemampuan kita rendah. Keperluan rendah bermakna kita hanya setakat nak menulis blog semata. Paling canggih pun tepek gambar… tepek video.. tepek iklan. Kalau setakat hanya nak buat itu sahaja, pakai blogspot sahaja paling baik. Kemampuan rendah bermaksud kemampuan dari segi kemahiran mahupun kewangan. Ini adalah kerana Blogspot amat mudah dikendalikan dan percuma.

WordPress adalah pilihan terbaik jika keperluan dan kemampuan kita tinggi meluap-luap. Tidak hanya sekadar menulis dan menghantar post, bahkan lebih daripada itu. Kita menginginkan pelbagai plugin atau add-on untuk mencanggihkan blog anda. Contohnya sistem reciprocal link, shopping cart, affiliate mahupun addon kecil-kecilan seperti emoticon/smiley, auto-link dsb. Dan nafsu keinginan yang tinggi juga perlu disusuli dengan kemampuan yang tinggi :retro:

Tapi jika kita seorang yang suka mencuba, maka tak perlu pilih salah satu….. pilih je la dua2

Artisteer Standard Edition

Oh yeah…

Setelah menggunakan Artisteer Home Edition selama 3 bulan, akhirnya saya telah menaiktaraf kepada Standard Edition. Terima kasih kepada pasukan Artisteer yang telah memberi kerjasama yang cukup hebat membantu cara-cara nak naiktaraf (yela… sebab diorang dapat duit)

Kenapa saya membeli dan menggunakan Artisteer ?

Saya telah menggunakan CMS sejak beberapa tahun dahulu bemula dengan PHP-Nuke, Mambo, Joomla.org dan kini WordPress. Memandangkan saya bukanlah seorang pereka yang hebat, maka saya bergantung harap insan-insan lain yang sudi mencipta theme/template untuk saya.

Dah tak reti nak mendesign sendiri… cerewet pulak… hahaha.. Ya, mungkin sama seperti anda semua, saya juga punya hati dan perasaan inginkan rekabentuk yang lawa dan memikat jiwa. Masalahnya, saya menghadapi kesukaran untuk mencari theme/template yang sesuai dengan jiwa raga saya. Tidak kira yang percuma mahupun berbayar, saya dah cuba. Ada yang berkenan tapi esok lusa rasa tak lawa pulak.

Seorang rakan forumer saya mencadangkan perisan Artisteer. Anda boleh muat turun dan mencuba kehebatan Artisteer secara percuma.

  • Tak perlu kemahiran Photoshop dan programming kerana hanya beberapa klik sahaja dah boleh menghasilkan rekaan yang hebat
  • Kalau bosan, boleh ubahsuai rekaan yang kita buat dengan mudah
  • Takde idea ? Buntu ? Tak kreatif ? Jangan risau, ada suggestion button. Klik dan pilih je mana yang berkenan
  • Boleh merekabentuk theme untuk WordPress, Joomla.org, Drupal mahupun HTML biasa

Faezil.net akan ‘bergelap’ sempena kempen Earth Hour

Malam ini, akan tercatat satu lagi sejarah apabila satu dunia akan menutup lampu tepat jam 8.30 malam waktu tempatan selama setengah jam sebagai menyahut seruan kempen ‘Earth Hour’ anjuran WWF.

Sebagai kempen ‘Earth Hour’ ini, laman Faezil.net akan ‘bergelap’ sepanjang waktu ‘Earth Hour’. Walaupun ia tidak membantu bumi, sekurang-kurangnya boleh mempromosi kempen Earth Hour, dan seterusnya membantu bumi secara tak langsung.

Kepada pemilik blog yang menggunakan WordPress, yang turut ingin ‘menggelapkan’ blog mereka boleh memasang plugin yang boleh diperolehi secara percuma di sini

Malam ini, sama-sama lah kita menutup lampu selama 60 minit, menjimatkan elektrik boleh mengurangkan bahan bakar yang digunakan memproses elektrik tersebut dan seterusnya mengurangkan pencemaran bumi

Hosting Percuma Vs Hosting Berbayar

Salah satu perkara yang sering merunsingkan dan menghantui para newbie adalah pemilihan hosting. Bermacam-macam maklumat, nasihat dan pandangan diterima daripada senior-senior.

Perlu diingat baik buruk sesuatu perkara bergantung kepada anda, bukan orang lain. Bagusnya orang lain tak semestinya bagus untuk anda dan kekurangan bagi orang lain mungkin kelebihan bagi anda.

OK.. di bawah ini adalah senarai kelebihan dan kekurangan hosting percuma dan berbayar

Hosting Percuma

Kelebihan :

  • Percuma. Tidak perlu keluarkan sebarang kos
  • Kebiasaannya disertakan fungsi pembinaan web yang mudah
  • Tidak perlu pengetahuan domain dan hosting yang tinggi

Kekurangan :

  • Spesifikasi rendah. Tak banyak jenis laman web boleh buat
  • Bila-bila masa kemudahan percuma ditarik balik. Sama ada ia menjadi berbayar atau lenyap terus.
  • Terikat dengan peraturan yang lebih ketat

Hosting Berbayar

Kelebihan

  • Spesifikasi lebih tinggi. Cthnya saiz hosting yang lebih besar, bandwidth yang tinggi dan server yang lebih laju
  • Lebih bebas berbuat apa sahaja. Boleh install kebanyakan skrip

Kelemahan

  • Bebayar secara bulanan atau tahunan
  • Memerlukan kemahiran IT sekurang-kurangnya intermediate. Pengetahuan asas domain dan hosting semestinya wajib. Konsep upload download, FTP, cpanel perlu ada dalam kepala

Kesimpulannya :

Bergantung kepada siapa anda, jika anda zero knowledge atau newbie dan berhajat nak belajar dahulu, elok ambil hosting percuma

Jika anda zero knowledge atau newbie tetapi berhajat nak terus buat laman web secara serius, ambil hosting berbayar (mungkin anda terpaksa mengeluarkan kos yang sangat tinggi untuk menampung ke’newbie’an anda)

Jika anda intermediate dan ke atas, dan sesaja nak belajar, ambillah mana² pun. Tetapi untuk secara serius, digalakkan ambil hosting berbayar