Get Adobe Flash player

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman peribadi saya.

Nama saya Faezil Aidil Jamian atau lebih dikenali sebagai Faezil. Sudi-sudikan lah menyelongkar isi perut laman saya yang mengandungi pelbagai catatan khususnya panduan-panduan yang berkaitan dengan dunia komputer dan Internet.

Jangan lupa untuk tinggalkan sebarang komen.

Terima kasih

Mood saya hari ini

Mood Personalizer mood image

Mari Menjerit

faezil.net

Pengiklanan

Rakan Blogger

  • tak sedar kepalanya di tembak?: Orang yang ditembak di kepalanya tetapi baru tahu dia di tembak ,5 tahun kemudiannya? pelik tapi ben...

  • Warning: file_get_contents() [function.file-get-contents]: http:// wrapper is disabled in the server configuration by allow_url_fopen=0 in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466

    Warning: file_get_contents(http://www.duniafaris.com/feed/) [function.file-get-contents]: failed to open stream: no suitable wrapper could be found in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466
  • Azan Flower - Mekar Semasa Azan Berkumandang: Bunga AzanSubhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang...

  • Warning: file_get_contents() [function.file-get-contents]: http:// wrapper is disabled in the server configuration by allow_url_fopen=0 in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466

    Warning: file_get_contents(http://khairulfadhli.com/feed/) [function.file-get-contents]: failed to open stream: no suitable wrapper could be found in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466

Faezil di Facebook

Yaya Wuz Here

Website

Page 2 of 41234

Memasang Captcha

Setiap hari ada je spammer datang mendarat di ruangan komen. Ia datang dari pengguna luar negara memandangkan ia menggunakan bahasa inggeris.

Pandai le pulak mat salleh ni baca blog aku ? Tapi saya tahu kita boleh terjemah sesuatu web ke bahasa ibunda kita. Namun begitu, saya khuatir mereka meninggalkan sesuatu yang boleh membahayakan blog saya dan juga pengunjung-pengunjung lain. Senang cerita, asal komen bahasa inggeris je, terus tanda spam.

Memandangkan dah berduyun-duyun spammer mendarat, saya mengambil keputusan untuk meletakkan captcha kat ruangan komen.

Bagi yang tak tahu captcha tu apa, ia merupakan satu teks bergambar yang hanya boleh dibaca oleh manusia sahaja. Ini adalah kerana, komputer tak boleh baca gambar (komputer tau itu adalah gambar tapi tak tahu gambar apa). Maka hanya manusia sahaja yang boleh komen.

Kerana, kebanyakan spammer luar negara menggunakan bot untuk membuat komen di blog.

Kalau bocor gak, saya akan pasang captcha yang lebih pelik

Pertanyaan Mengenai Domain

Saya ada menerima email daripada seorang pengunjung Faezil.Net melalui borang Hubungi Saya.

saya ada domain yang dibeli oleh satu syarikat ni.. sepatutnya dia akan link kan domain (com.my) tersebut ke blogspot saya. tapi dia masih belum buat.. so apa yang perlu saya buat.. boleh ke saya pindah ke syarikat lain?

Malangnya saya gagal membalas e-mail beliau kerana saya dapat balasan emel daripada pihak Yahoo yang mengatakan alamat emel tersebut tidak wujud.

This message was created automatically by mail delivery software.

A message that you sent could not be delivered to one or more of its
recipients. This is a permanent error. The following address(es) failed:

  xxxxxx@yahoo.com
    SMTP error from remote mail server after end of data:
    host b.mx.mail.yahoo.com [74.6.136.65]: 554 delivery error:
    dd Sorry your message to xxxxxxx@yahoo.com cannot be delivered. This account has been disabled or discontinued [#103]. - mta1068.mail.sk1.yahoo.com

 

Maka, saya akan cuba jawab di sini. Semoga pengirim emel tersebut membaca jawapan saya di sini.

Pertama, saya ingin mengetahui adakah domain telah diaktifkan ? Boleh semak di http://whois.domainregistry.my/.

Jika belum didaftarkan, saudara boleh mendaftar di syarikat lain. Namun begitu, perlu diketahui pengaktifan domain dot my boleh memakan masa 3-4 hari sehingga berminggu-minggu.

Jika sudah didaftarkan, tetapi… Continue reading

Blogger Vs WordPress

Untuk membina dan memiliki blog, terdapat 2 jenis platform yang paling popular iaitu blogger.com(blogspot) dan Wordpress. Wordpress yang ingin saya ceritakan di sini merujuk kepada sistem wordpress yang boleh dimuat turun dari laman WordPress.org, bukannya WordPress.com.

Ada yang tertanya-tanya, antara blogger dan wordpress, mana lebih bagus. Mari kita lihat ciri-ciri mereka :

Blogger/Blogspot

Kelebihan

  • Pengguna tidak perlu memiliki hosting kerana telah disediakan secara percuma oleh pihak Blogger
  • Pengguna tidak perlu mahir IT, khususnya pengaturcaraan.web
  • Mudah untuk rank di Google.com (pemilik sama)

Kekurangan

  • Terikat dengan peraturan hosting
  • Tidak boleh mencipta fungsi baru, melainkan hanya menggunakan fungsi sedia ada

Wordpress (Self Hosting)

Kelebihan

  • Boleh dipasang dihosting sendiri. Lebih bebas buat apa sahaja.
  • Boleh mencipta pelbagai fungsi lantaran wordpress bersifat opensource (kod boleh dilihat dan disunting)

Kekurangan

  • Perlu memiliki hosting dan domain sendiri (kos dan kemahiran mengendalikan hosting)
  • Perlu lebih sedikit kemahiran IT khususnya dalam pengaturcaraan. Walaupun Wordpress direka membolehkan ia digunakan tanpa melihat dan menyunting kod, apabila berlaku sebarang masalah, kadangkala memerlukan kita menyemak kod

 

Membina WordPress Theme Bahagian 2

Dalam wordpress theme, ada 2 file yang paling penting wajib ada, iaitu

  • style.css
  • index.php

Kedua² fail di atas wajib ada dan mesti dinamakan sebegitu rupa tanpa mengubah walau satu hurufpun. Anda boleh menggunakan fail css lain, contohnya layout.css tetapi fail style.css mesti ada

Ada lagi beberapa fail tambahan. Tiada pun tak mengapa, kerana jika tiada, wordpress akan pergi ke index.php. Tapi kalau ada lagi bagus

header.php/footer.php

Kebanyakan pembangun web yang profesional akan mengasingkan design mereka kepada bahagian header, isi dan footer. Ini memudahkan apabila nak mencipta isi baru yang berbeza format, tak perlu redevelop header dan footer. Hanya guna header asal sahaja.

Untuk memanggil header dan footer, letakkan kod di bawah di dalam fail isi (index.php)

{code type=php}

<?php get_header(); ?>

{/code}

{code type=php}

<?php get_footer(); ?>

{/code}

Letakkan di kawasan yang anda nak paparkan header dan footer. Biasanya kod header diletakkan di bahagian atas sekali (line pertama) dan kod footer di bahagian terakhir Continue reading

Membina Facebook Apps

Akhirnya Permainan Meneka Nombor kembali mengganas !!!!

Lebih 15 tahun dulu, saya belajar membina aplikasi permainan meneka nombor menggunakan QBASIC. Salah satu aplikasi yang membuatkan saya melekat terus dalam dunia pengaturcaraan. Mungkin bagi programmer lain berpendapat ala takat teka nombor senang je nak buat. Tetapi dengan seusia kanak-kanak ketika itu, berjaya menghasilkan permainan meneka nombor merupakan sesuatu yang amat menarik. Apetah lagi pada zaman itu, kekurangan aplikasi di dalam bahasa melayu, maka amat takjub jugak la melihat komputer pandai berinteraksi dalam bahasa melayu.

Kini, permainan meneka nombor kembali, dalam bentuk yang berbeza, menggunakan platform yang paling terhangat di masakini tak lain dan tak bukan adalah Facebook.

Menggabungkan Facebook dengan teknologi PHP+CakePHP framework, terhasillah aplikasi permainan meneka nombor.

Continue reading

Page 2 of 41234