Apabila Blogspot Down
Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan apabila blogger.com menutup sementara perkhidmatan blogspot.
Wargghhhh !!!! Cerita blogspot down lagi ke ?
Dah la blog takleh bukak… kena kecam kena sindir dengan pengguna wordpress pulak tu. Faezil.net nak sindir pengguna blogspot jugak ke ?
Hahahaha
(senyum jahat jap)
Saya pernah menulis perbezaan dan perbandingan Wordpress (self-hosted) dan Blogspot.
Secara amnya, sememangnya tiada yang terbaik kerana apa yang paling penting adalah serasi dan secocok dengan diri kita sendiri. Tak guna kalau kita pilih yang terbaik di dunia tetapi tak sesuai dan menyusahkan diri kita.
Errkk.. mnyusahkan diri sendiri ? Ada ke benda terbaik tetapi menyusahkan ?
Kita ambil satu contoh la…. kereta BMW sememangnya antara yang terbaik di dunia. Tapi semestinya tak sesuai jika diberikan kepada budak kecik yang baru nak belajar naik basikal roda tiga. Atau, setakat nak gerak ke tempat 500m pun naik BMW ke ? Alahai……
Blogspot adalah pililihan terbaik jika keperluan dan kemampuan kita rendah. Keperluan rendah bermakna kita hanya setakat nak menulis blog semata. Paling canggih pun tepek gambar… tepek video.. tepek iklan. Kalau setakat hanya nak buat itu sahaja, pakai blogspot sahaja paling baik. Kemampuan rendah bermaksud kemampuan dari segi kemahiran mahupun kewangan. Ini adalah kerana Blogspot… Continue reading
Artisteer Standard Edition

Oh yeah…
Setelah menggunakan Artisteer Home Edition selama 3 bulan, akhirnya saya telah menaiktaraf kepada Standard Edition. Terima kasih kepada pasukan Artisteer yang telah memberi kerjasama yang cukup hebat membantu cara-cara nak naiktaraf (yela… sebab diorang dapat duit)
Kenapa saya membeli dan menggunakan Artisteer ?
Saya telah menggunakan CMS sejak beberapa tahun dahulu bemula dengan PHP-Nuke, Mambo, Joomla.org dan kini Wordpress. Memandangkan saya bukanlah seorang pereka yang hebat, maka saya bergantung harap insan-insan lain yang sudi mencipta theme/template untuk saya.
Dah tak reti nak mendesign sendiri… cerewet pulak… hahaha.. Ya, mungkin sama seperti anda semua, saya juga punya hati dan perasaan inginkan rekabentuk yang lawa dan memikat jiwa. Masalahnya, saya menghadapi kesukaran untuk mencari theme/template yang sesuai dengan jiwa raga saya. Tidak kira yang percuma mahupun berbayar, saya dah cuba. Ada yang berkenan tapi esok lusa rasa tak lawa pulak.
Seorang rakan forumer saya mencadangkan perisan Artisteer. Anda boleh muat turun dan mencuba kehebatan Artisteer secara percuma.
- Tak perlu kemahiran Photoshop dan programming kerana hanya beberapa klik sahaja dah boleh menghasilkan rekaan yang hebat
- Kalau bosan, boleh ubahsuai rekaan yang kita buat dengan mudah
- Takde idea ? Buntu ? Tak kreatif ? Jangan risau, ada suggestion button. Klik dan… Continue reading
Faezil.net akan ‘bergelap’ sempena kempen Earth Hour
Malam ini, akan tercatat satu lagi sejarah apabila satu dunia akan menutup lampu tepat jam 8.30 malam waktu tempatan selama setengah jam sebagai menyahut seruan kempen ‘Earth Hour’ anjuran WWF.
Sebagai kempen ‘Earth Hour’ ini, laman Faezil.net akan ‘bergelap’ sepanjang waktu ‘Earth Hour’. Walaupun ia tidak membantu bumi, sekurang-kurangnya boleh mempromosi kempen Earth Hour, dan seterusnya membantu bumi secara tak langsung.
Kepada pemilik blog yang menggunakan Wordpress, yang turut ingin ‘menggelapkan’ blog mereka boleh memasang plugin yang boleh diperolehi secara percuma di sini
Malam ini, sama-sama lah kita menutup lampu selama 60 minit, menjimatkan elektrik boleh mengurangkan bahan bakar yang digunakan memproses elektrik tersebut dan seterusnya mengurangkan pencemaran bumi
Blogger Vs WordPress
Untuk membina dan memiliki blog, terdapat 2 jenis platform yang paling popular iaitu blogger.com(blogspot) dan Wordpress. Wordpress yang ingin saya ceritakan di sini merujuk kepada sistem wordpress yang boleh dimuat turun dari laman WordPress.org, bukannya WordPress.com.
Ada yang tertanya-tanya, antara blogger dan wordpress, mana lebih bagus. Mari kita lihat ciri-ciri mereka :
Blogger/Blogspot
Kelebihan
- Pengguna tidak perlu memiliki hosting kerana telah disediakan secara percuma oleh pihak Blogger
- Pengguna tidak perlu mahir IT, khususnya pengaturcaraan.web
- Mudah untuk rank di Google.com (pemilik sama)
Kekurangan
- Terikat dengan peraturan hosting
- Tidak boleh mencipta fungsi baru, melainkan hanya menggunakan fungsi sedia ada
Wordpress (Self Hosting)
Kelebihan
- Boleh dipasang dihosting sendiri. Lebih bebas buat apa sahaja.
- Boleh mencipta pelbagai fungsi lantaran wordpress bersifat opensource (kod boleh dilihat dan disunting)
Kekurangan
- Perlu memiliki hosting dan domain sendiri (kos dan kemahiran mengendalikan hosting)
- Perlu lebih sedikit kemahiran IT khususnya dalam pengaturcaraan. Walaupun Wordpress direka membolehkan ia digunakan tanpa melihat dan menyunting kod, apabila berlaku sebarang masalah, kadangkala memerlukan kita menyemak kod
Membina WordPress Theme Bahagian 2
Dalam wordpress theme, ada 2 file yang paling penting wajib ada, iaitu
- style.css
- index.php
Kedua² fail di atas wajib ada dan mesti dinamakan sebegitu rupa tanpa mengubah walau satu hurufpun. Anda boleh menggunakan fail css lain, contohnya layout.css tetapi fail style.css mesti ada
Ada lagi beberapa fail tambahan. Tiada pun tak mengapa, kerana jika tiada, wordpress akan pergi ke index.php. Tapi kalau ada lagi bagus
header.php/footer.php
Kebanyakan pembangun web yang profesional akan mengasingkan design mereka kepada bahagian header, isi dan footer. Ini memudahkan apabila nak mencipta isi baru yang berbeza format, tak perlu redevelop header dan footer. Hanya guna header asal sahaja.
Untuk memanggil header dan footer, letakkan kod di bawah di dalam fail isi (index.php)
{code type=php}
<?php get_header(); ?>
{/code}
{code type=php}
<?php get_footer(); ?>
{/code}
Letakkan di kawasan yang anda nak paparkan header dan footer. Biasanya kod header diletakkan di bahagian atas sekali (line pertama) dan kod footer di bahagian terakhir Continue reading


