Faezil meninggalkan JustHost berpindah ke HostGator ???
Apa yang telah berlaku ??
Satu demi satu laman web di bawah kelolaan akaun reseller kepunyaan Faezil yang di host di JustHost telah berhijrah mengikut si buaya darat HostGator. Apakah kekacakan HostGator menyebabkan semua aweks meninggalkan JustHost ?
Bertenang… jangan ribut-ribut nanti kena sambar petir.
Saya masih lagi menggunakan akaun reseller JustHost. Cuma laman-laman kepunyaan saya sahaja yang dipindahkan ke HostGator. Laman-laman kendalian pihak lain seperti blog Faris Adli, blog Aleya, Arena Rock, Tutorial Gadis Blog dll masih lagi kekal di dalam akaun reseller justhost. Faezil.net pula masih berada di hosting dataKL.com (nak pindah jugak ke ? )
Ini adalah kerana, akaun reseller saya agak terhad, berbanding akaun HostGator saya mempunyai ruang tanpa had. Maka, lebih baik saya gunakan akaun HostGator untuk tujuan peribadi, manakala akaun reseller boleh dijual kepada orang lain

