Cuba anda lihat fanpage saya di sini. Lihat di tab blog
**tunggu beberapa ketika jika talian Internet anda perlahan
Bukan setakat blog je, anda boleh masukkan apa jua page di situ. Blogspot boleh ke ? Boleh… semua boleh… asalkan website.
Bagaimana nak buat ?
Sebelum itu, beberapa bahan perlu anda sediakan :
- Facebook Fanpage
- Webpage yang anda ingin masukkan dalam fanpage
Saya tak dapat huraikan kan cara-cara daftar fanpage di sini. Rasa-rasanya semua dah tahu kan ?
Page yang anda nak masukkan seeloknya mempunyai design yang ringkas seringkasnya kerana nak dimasukkan ke dalam fanpage. Nak masukkan theme biasa boleh jugak, tapi tanggung sendiri la kalau jadi serabut
Ikuti langkah-langkah berikut :
AMARAN : Anda perlu lakukan dengan penuh berhati-hati dan perlu bersabar. Jangan rakus dan putus asa jika tak berjaya
- Cipta Facebook Apps. Klik di sini
- Isikan Application Name
- Klik Facebook Integration
- Isikan Canvas Page
- Masukkan URL webpage anda (yang anda nak masukkan dalam fanpage) di Canvas URL
- Isikan juga URL webpage anda di ruangan Tab URL
- Klik ‘Save Changes’
Jika semuanya berjaya… akan terpapar ayat berikut :
Changes saved. Note that your changes may take several minutes to propagate to all servers.
Webpage anda telah pun masuk dalam Facebook tetapi belum masuk ke fanpage anda. Jom ikuti langkah seterusnya.
- Klik ‘Application Profile Page’ (menu kecil di ruangan kanan)
- Klik ‘Add to my Page’
- Cari Fanpage anda…… dan klik ‘Add to Page’
Kini, tab tersebut telah ada di page anda
