Apabila Faezil Menulis

sekadar coretan peribadi

Salam Ramadhan

Selamat berpuasa kepada semua rakan-rakan.

Mari kita sama-sama memperbanyakkan amalan di bulan ramadhan ini kerana bulan ramadhan bulan yang penuh berkat. Waktu inilah yang paling sesuai untuk kita lebih mendekatkan diri kepada Allah. Jika sebelum ini kita mungkin lalai dan selalu meninggalkan suruhanNya, di ramadhan inilah kita sama2 memperbaiki diri kita.

Janganlah kita menggunakan alasan lapar dan dahaga sebagai alasan untuk lalai dalam tanggungjawab seharian. Sebaliknya, berpuasa seharusnya mampu meningkatkan prestasi dan produktiviti kita. Ini adalah kerana selama 11 bulan, masa dan tenaga kita banyak digunakan untuk ‘aktiviti perut’. Nak menghadamkan makanan pun perlukan tenaga tau :-)

Pada waktu malam, jom kita sama-sama buat solat terawih. Tak kisah la nak buat 8 atau 20. Memang ada yang berkata rasulullah buat 8 je,20 tu bidaah…. Takyah fikirkan… takyah pening2, buat je mana2pun.

Bagi yang terpaksa bekerja pada waktu malam sehingga tak dapat berterawih, janganlah bersedih. Bekerja hukumnya wajib kerana ia adalah janji anda dengan majikan anda. Janji wajib ditunaikan. Maka tunaikanlah pekerjaan anda kerana bekerja pun sebahagian daripada ibadat jugak.

Di bulan ramadhan ini juga kita boleh bertadarus. Jika sebelum ini kita mungkin dah lama tak menyentuh Al-Quran, maka inilah peluang kita untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Membaca Al-Quran boleh menenangkan jiwa kita. Boleh mengelakkan keserabutan otak…. takde lah nanti asyik emo2 tak tentu hala je.

Ada yang takut nak baca Al-Quran… takut salah baca nanti jadi dosa. Tapi kalau kita terus membiarkan diri kita tak pandai pun dosa jugak. Carilah guru-guru untuk mengajar anda. Siapa lagi nak baca Al-Quran kalau bukan kita sebagai orang Islam ? Takkan nak suruh orang kafir pulak ? Orang kafir sememangnya kita dah ketahui mereka bukan sahaja membaca bahkan mengkaji ilmu-ilmu yang ada di dalam Al-Quran. Salah seorang yang saya ketahui mengkaji dan mengiktiraf ilmu-ilmu di dalam Al-Quran adalah bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Semoga ramadhan kali ini memberi seribu erti, seribu makna, seribu keberkatan kepada kita semua…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • MySpace
  • PDF
  • RSS
  • Technorati
  • Tumblr
  • Twitter
  • Yahoo! Bookmarks
Category: Cetusan Hati

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*