Beberapa hari yang lalu kita dikejutkan apabila blogger.com menutup sementara perkhidmatan blogspot.
Wargghhhh !!!! Cerita blogspot down lagi ke ?
Dah la blog takleh bukak… kena kecam kena sindir dengan pengguna wordpress pulak tu. Faezil.net nak sindir pengguna blogspot jugak ke ?
Hahahaha
(senyum jahat jap)
Saya pernah menulis perbezaan dan perbandingan WordPress (self-hosted) dan Blogspot.
Secara amnya, sememangnya tiada yang terbaik kerana apa yang paling penting adalah serasi dan secocok dengan diri kita sendiri. Tak guna kalau kita pilih yang terbaik di dunia tetapi tak sesuai dan menyusahkan diri kita.
Errkk.. mnyusahkan diri sendiri ? Ada ke benda terbaik tetapi menyusahkan ?
Kita ambil satu contoh la…. kereta BMW sememangnya antara yang terbaik di dunia. Tapi semestinya tak sesuai jika diberikan kepada budak kecik yang baru nak belajar naik basikal roda tiga. Atau, setakat nak gerak ke tempat 500m pun naik BMW ke ? Alahai……
Blogspot adalah pililihan terbaik jika keperluan dan kemampuan kita rendah. Keperluan rendah bermakna kita hanya setakat nak menulis blog semata. Paling canggih pun tepek gambar… tepek video.. tepek iklan. Kalau setakat hanya nak buat itu sahaja, pakai blogspot sahaja paling baik. Kemampuan rendah bermaksud kemampuan dari segi kemahiran mahupun kewangan. Ini adalah kerana Blogspot amat mudah dikendalikan dan percuma.
WordPress adalah pilihan terbaik jika keperluan dan kemampuan kita tinggi meluap-luap. Tidak hanya sekadar menulis dan menghantar post, bahkan lebih daripada itu. Kita menginginkan pelbagai plugin atau add-on untuk mencanggihkan blog anda. Contohnya sistem reciprocal link, shopping cart, affiliate mahupun addon kecil-kecilan seperti emoticon/smiley, auto-link dsb. Dan nafsu keinginan yang tinggi juga perlu disusuli dengan kemampuan yang tinggi
Tapi jika kita seorang yang suka mencuba, maka tak perlu pilih salah satu….. pilih je la dua2

duniafarisadli says:
kenapa guna blogspot dengan wordpress untuk mencuba? guna je semua sama ada berbayar atau tak..
faezil says:
yeah… termasuk Joomla.org, drupal, WordPress.com, tumblr dll
HaiDa HiDa says:
setuju sangat ngan penulisan di atas.. dan bagi saya, saya masih lagi di bawah dan dalam lingkungan keperluan dan kemampuan yang rendah.. hehee.. cukup la sekadar ngan blogspot ni je.. just nk menulis apa yg berlaku seharian.. thanks.. sekurangnya ada gak yang bagi komen dan kritikan yg baik setelah apa yg berlaku kepada blogspot beberapa hari yg lepas.. :)
Hairul Hissam says:
saya guna wordpress je.. wah kalo nak guna semua.. pening kepala nak belajar tu… tak pe la.. so far wordpress dah byk membantu sales produk saya.. cukup la….
p/s: dah lama tak masuk blog bro.. jauh bertambah cantik skrg.. ade awek cun lagi kat header he.he.he