Jenis-jenis Pengguna Internet
Surfer
Gemar melayari laman web sebagai aktiviti utama. Mereka menjadikan Internet sebagai tempat untuk menghilangkan kedahagaan mereka terhadap maklumat. Motto mereka adalah “maklumat di hujung jari”. Maka janganlah tanya mereka ketika jari mereka tidak aktif.
Blogger
Menjadikan aktiviti menulis blog sebagai aktiviti utama dan merupakan aktiviti yang paling hangat di masa kini. Mereka membina satu (atau lebih) blog sama ada yang percuma atau berbayar sebagai satu platform untuk mereka menulis aktiviti seharian mereka. Antara blogger yang top adalah blog rohaizad.com dan redmummy.com (bukan pemburusunyi.blogspot tau)
Chatter
Merupakan aktiviti tersohor sekitar akhir 90an dan awal 2000an.Tempat utama mereka melepak semestinya di ruang sembang MIRC. Masa muda-muda dulu (sekarang ni pun muda jugak), saya sorang chatterz yang tegar dan sanggup lepak cyber cafe berjam2 semata-mata nak berMIRC. Yang bestnya setiap kali berIRC, mesti dapat berkenalan dengan sorang dua awek cyber..hahahaha
Forumer
Mereka gemar melepak di dalam forum-forum kegemaran mereka sama ada sebagai silent reader (baca sahaja) ataupun giat menghantar thread/posting. Saya juga sebenarnya seorang forumer tegar. Di antara forum-forum yang saya pernah aktif adalah virtualfriendsnet, php.net.my, ireans.com, wangcyber.com. Saya suka berforum kerana saya bebas menghantar komen pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang komitmen kerana ia adalah perhubungan satu hala dalam satu masa.
Marketeer/Promoter
Semestinya mereka adalah golongan usahawan Internet yang menjadikan dunia Internet sebagai tapak untuk mereka mmpromosi dan menjual produk/perkhidmatan mereka. Setiap kali mereka memunculkan diri di Internet, kerja mereka hanya promosi.. promosi… dan promosi. Ada yang promosi secara bijak dan beretika dan tidak kurang juga yang berpromosi secara spamming dan tidak berhemah.


i'm suffer, blogger and downloader. downloader? ye la guna internet untuk download movie, lagu dan software
"Twitter…."
wah bro rohaizad…. ya… twitter…. kalau dulu konsep chatting hanya terhad kepada MIRC dan IM (instant messenger) sahaja tetapi kini sudah meluas kepada twit..twit..