Blogger Vs WordPress
Untuk membina dan memiliki blog, terdapat 2 jenis platform yang paling popular iaitu blogger.com(blogspot) dan Wordpress. Wordpress yang ingin saya ceritakan di sini merujuk kepada sistem wordpress yang boleh dimuat turun dari laman WordPress.org, bukannya WordPress.com.
Ada yang tertanya-tanya, antara blogger dan wordpress, mana lebih bagus. Mari kita lihat ciri-ciri mereka :
Blogger/Blogspot
Kelebihan
- Pengguna tidak perlu memiliki hosting kerana telah disediakan secara percuma oleh pihak Blogger
- Pengguna tidak perlu mahir IT, khususnya pengaturcaraan.web
- Mudah untuk rank di Google.com (pemilik sama)
Kekurangan
- Terikat dengan peraturan hosting
- Tidak boleh mencipta fungsi baru, melainkan hanya menggunakan fungsi sedia ada
Wordpress (Self Hosting)
Kelebihan
- Boleh dipasang dihosting sendiri. Lebih bebas buat apa sahaja.
- Boleh mencipta pelbagai fungsi lantaran wordpress bersifat opensource (kod boleh dilihat dan disunting)
Kekurangan
- Perlu memiliki hosting dan domain sendiri (kos dan kemahiran mengendalikan hosting)
- Perlu lebih sedikit kemahiran IT khususnya dalam pengaturcaraan. Walaupun Wordpress direka membolehkan ia digunakan tanpa melihat dan menyunting kod, apabila berlaku sebarang masalah, kadangkala memerlukan kita menyemak kod

