Segala-galanya WordPress ?
Dunia pembinaan laman web semakin rancak dengan adanya CMS. Sama ada CMS berbayar mahupun yangt percuma dan open source. Semestinya yang free dan ipensorce menjadi pilihan kerana bukan sahaja percuma (siapa tak suka percuma), bahkan kita boleh ubahsuai skripnya (itupun kalau pandai…hehehe).
Antara CMS yang menjadi kegeraman ramai masakini adalah Wordpress dan Joomla.org. Paling menonjol dah tentulah Wordpress lantaran demam blog melanda di seluruh dunia.
Ketaksuban terhadap Wordpress sehinggakan apa jua jenis web pun dibina berasaskan Wordpress.
Salah tu tidak lah. Bagi otai developer, tidak ada masalah bagi mereka lantaran mereka mampu menukar Wordpress menjadi apa sahaja sehingga hilang rupa dan imej blognya.
Tetapi bagi pengguna biasa, mereka amat bergantung harap kepada theme dan plugin yang digunakan. Kalau bernasib baik, jumpalah theme dan plugin yang dapat menukar imej blog kepada genre lain tetapi kebanyakannya gagal menghilangkan imej blog.
Maka terhasillah laman web e-commerce (web jualan), directori, komuniti tetapi mirip blog.
Ada yang teringin nak buat web genre lain tetapi melupakan hasrat mereka kerana tak jumpa plugin atau theme yang bersesuaian.
Sebenarnya dalam dunia ini ada banyak CMS. Bukan sekadar Wordpress atau Joomla.org sahaja.
Untuk membina forum, ada vbulletin (berbayar) atau phpbb (free).
Membina laman e-commerce, ada oscommerce, opencart, zen… Continue reading
Membina WordPress Theme Bahagian 1
Hari ini saya sedang mempelajari bagaimana mencipta sendiri wordpress theme, bermula dari kosong atau kata orang putih start form scratch. Daripada mana saya belajar ? Semestinya daripada bantuan encik Google.com yang tolong carikan webmaster² yang baik hati yang telah menulis nota mengenai pembinaan wordpress theme Di sini saya ingin berkongsi bagaimana untuk membina wordpress theme.
[box type="info"] Secara asasnya, fail yang perlu ada adalah :
- index.php
- style.css
[/box]
Kiranya ni theme yang paling sempoi di dunia. Fail index.php merupakan paparan web anda dan fail style.css, selain ia mengandungi format, ia juga mengandungi data theme anda. Cthnya nama theme, penciptanya dll
Buka fail style.css dan masukkan kod berikut :
{code type=css}
/*
Theme Name: Minisite Faezil
Theme URI: http://www.faezil.net/
Description: Minisite Versi Wordpress >
Author: Faezil Aidil
Author URI: http://www.faezil.net/
Version: 1.0
Tags: minisite
*/
{/code}
Gantikan nilai-nilai di atas dengan nilai korang sendiri .
Fail index.php pula mengandungi kod HTML dan merupakan paparan utama template anda. OK.. dengan anggapan anda semua sudah mahir.. kalau tak mahirpun tahu asas² HTML
Kebiasaannya, index.php ini akan dipecahkan kepada bahagian header dan footer. Hanya tinggal kandungan sahaja yang berada di index.php.
Namun untuk memudahkan newbie yang baru kenal HTML, saya tidak pecahkan ia… Continue reading

