Get Adobe Flash player

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman peribadi saya.

Nama saya Faezil Aidil Jamian atau lebih dikenali sebagai Faezil. Sudi-sudikan lah menyelongkar isi perut laman saya yang mengandungi pelbagai catatan khususnya panduan-panduan yang berkaitan dengan dunia komputer dan Internet.

Jangan lupa untuk tinggalkan sebarang komen.

Terima kasih

Mood saya hari ini

Mood Personalizer mood image

Mari Menjerit

faezil.net

Pengiklanan

Rakan Blogger

  • tak sedar kepalanya di tembak?: Orang yang ditembak di kepalanya tetapi baru tahu dia di tembak ,5 tahun kemudiannya? pelik tapi ben...

  • Warning: file_get_contents() [function.file-get-contents]: http:// wrapper is disabled in the server configuration by allow_url_fopen=0 in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466

    Warning: file_get_contents(http://www.duniafaris.com/feed/) [function.file-get-contents]: failed to open stream: no suitable wrapper could be found in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466
  • Azan Flower - Mekar Semasa Azan Berkumandang: Bunga AzanSubhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang...

  • Warning: file_get_contents() [function.file-get-contents]: http:// wrapper is disabled in the server configuration by allow_url_fopen=0 in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466

    Warning: file_get_contents(http://khairulfadhli.com/feed/) [function.file-get-contents]: failed to open stream: no suitable wrapper could be found in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466

Faezil di Facebook

Yaya Wuz Here

laman web

Langkah memiliki laman web (bahagian 2)

Seperti yang disebutkan dalam posting terdahulu, dapatkan username dan password cPanel. Dua perkara ini merupakan kunci segala-galanya untuk hosting anda.

Anda juga akan diberi username dan password untuk FTP (nilai yang sama macam cPanel)

FTP ni apa ? FTP atau File Transfer Protocol merupakan satu protokol untuk menghantar fail ke hosting.

Macam kita nak jumpa sultan, kan ada protokolnya.

Dalam Internet ada banyak protokol. Antara yang popular adalah http atau Hyper Text Transfer Protokol.

OK…. mula-mula, mari kita berkenalan dengan cpanel. Untuk bukak cPanel, URL ada diberikan di emel yang dikirimkan oleh hosting provider.

biasanya http://lamananda.com/cpanel

*gantikan lamananda.com dengan domain anda sendiri

Untuk pengetahuan anda cPanel ni adalah satu jenama. jenama untuk satu sistem yang memudahkan kita menguruskan akaun hosting kita.

Selain cPanel, antara jenama yang popular adalah plesk dan DirectAdmin. Maklumat lanjut korang boleh lihat di sini

Ini adalah rupa bentuk cPanel (klik untuk besarkan)

Ada yang tertanya-tanya sambil terkebil-kebil melihat sebegitu banyak button dan hyperlink yang ada.. waduh waduh… bisa ribut dong.

Jangan ribut-ribut.. nanti kena sambar petir.

Sebenarnya jika anda bukan pemilik web yang hardcore, anda tak perlu teroka banyak item² dalam cpanel ni. Malah silap² tak payah jenguk pun tak mengapa.

Ini adalah button yang saya guna

  • Email Acounts – untuk create emel
  • Fowarders – untuk fowardkan emel yang diterima ke alamat emel lain
  • MYSQL Databases – untuk create/delete database
  • MYSQL Databases wizard – untuk create database secara wizard
  • phpMyAdmin – untuk manage data dalam database
  • Backup & Backup Wizard – Seperti namanya… untuk buat backup
  • File Manager – untuk uruskan fail dalam hosting
  • Legacy File Manager – File Manager versi lama
  • Subdomains – untuk create/delete sub domain
  • Fantastico Deluxe – cara paling pantas dan mudah untuk install CMS

dah… tu je. Tapi macam yang saya sebutkan sebelum ini, tak semua anda perlukan dan mungkin ada sedikit sahaja.

Continue reading

Apa itu domain ?

Jika sesebuah laman web dianggap seperti sebuah perniagaan, maka domain boleh dianggap seperti nama perniagaan.

Seperti mana nama perniagaan perlu didaftarkan di SSM, nama domain juga perlu didaftarkan di Pendaftar Domain (Domain Registar).

Contoh domain adalah :

Paling kanan sekali (com, net, biz, org, info dll) dipanggil top-level domain (TLD). Ia adalah level paling tinggi sekali dalam heiraki nama domain. Biasanya bahagian ini disebut ‘extension’ oleh kebanyakan orang.

Tapi nak pilih TLD yang mana ?

Ada TLD yang anda boleh pilih tanpa sebarang syarat (asal ada duit :) )

Cthnya anda boleh pilih apa jua seperti com, net, biz, info.

Ada juga TLD berasaskan negara. Contohnya :

  • my hanya untuk rakyat malaysia sahaja.
  • com.my hanya untuk pendaftar perniagaan malaysia
  • gov.my untuk kerajaan malaysia
  • edu.my untuk pusat pendidikan berdaftar

Tetapi ada juga TLD negara yang terbuka untuk umum. Contohnya us (amerika) dan ws(west samoa).

Di sebelah kiri TLD, biasanya kebanyakan orang akan menyebut sebagai domain, dipisahkan oleh titik. Part ini antara yang paling penting di mana ia biasanya membawa imej laman web anda… dan mungkin juga perniagaan anda

Contohnya, saya telah memilih ‘net’ sebagai TLD digabungkan dengan ‘faezil’ membentuk domain laman web saya = faezil.net… Continue reading

Langkah memiliki laman web (bahagian 1)

Memiliki sesebuah laman web telah menjadi satu trend terkini tidak kira siapapun anda. Baik pelajar, guru, suri rumah, usahawan kecil, usahawan besar semuanya tidak ketinggalan memiliki sesebuah laman web.

OK… untuk memiliki sesebuah laman web yang boleh diakses satu dunia, kita perlu memiliki domain dan hosting.

Pendaftaran Domain & Hosting

Jika laman web anda diibaratkan seperti sebuah perniagaan, domain boleh la diibaratkan seperti nama perniagaan anda.

Nama perniagaan perlu didaftarkan di SSM, maka domain pula perlu didaftarkan di pendaftar domain (domian registar). Biasanya bayaran yang dikenakan sekitar RM30 – RM50 setahun

Hosting pula digambarkan seperti kedai atau premis perniagaan anda di mana tempat untuk anda simpan segala fail dan data laman web anda.

Domain dan hosting boleh didaftar di tempat yang sama ataupun berasingan. Terpulang kepada anda kerana masing2 ada pro n konsnya. Bagi newbie, saya rasa lebih baik di tempat yang sama, sbb jika berasingan, anda perlu gabungkan sendiri domain dan hosting. Tau ke nak buat ;) ?

Saya akan terangkan bagaimana untuk mendaftar sebentar lagi.

Di Malaysia, ada banyak penyedia domain & hosting. Namun persoalan yang sering bermain2 difikiran, hosting mana yang bagus ? Tentunya anda sering mendengar pelbagai cerita² yang kurang enak mengenai hosting tempatan.

OK…… Continue reading