Teringin nak buat web canggih tapi tak pandai ?
Dulu masa mula-mula aku belajar buat website, masa tu era blog belum 'mengganas'. Semua laman web peribadi statik semata-mata. Tidak ada elemen-elemen interaktif seperti hari ini.
Laman pertama yang aku daftar di goplay.com (sekarang dah pupus).
Sama seperti blogger.com, hanya isi form dan… tadaaaa… web dah siap.
Kaedah 'Isi borang' sangat sesuai untuk sesiapa yang zero knowledge baru nak belajar website. Mungkin anda akan disyorkan oleh rakan-rakan anda supaya membina web berbayar menggunakan wordpress dan sebagainya. Bukan tak boleh… tapi masih terlalu awal.
Bagi newbie dan zero knowledge… kita mulakan dengan simple web je dahulu.
OKlah…. aku akan perkenalkan 2 jenis tools khas untuk newbie
Mahukah laman web anda yang simple itu mempunyai fungsi berikut ?
- Chatroom - Jika anda ada ramai pengunjung, ajak mereka berchatting beramai-ramai
- Pengiklanan - Sediakan ruangan pengiklanan percuma kepada pengunjung anda.
- E-Card – Anda sediakan gambar-gambar menarik untuk dijadikan e-card. Kemudian, pengunjung boleh menghantar kepada rakan-rakan mereka
- Guestbook - Tools yang amat popular suatu masa dahulu di mana pengunjung boleh meninggalkan pesanan kepada anda. Jika sekarang sudah ada blog comment dan shoutbox.
Semua ini dengan mudahnya dipasang ke laman anda menggunakan Bravenet
Yang kedua, yang ni agak maju sedikit, iaitu javascript. Dengan javascript, anda boleh… Continue reading



