Get Adobe Flash player

Selamat Datang

Assalamualaikum dan selamat datang ke laman peribadi saya.

Nama saya Faezil Aidil Jamian atau lebih dikenali sebagai Faezil. Sudi-sudikan lah menyelongkar isi perut laman saya yang mengandungi pelbagai catatan khususnya panduan-panduan yang berkaitan dengan dunia komputer dan Internet.

Jangan lupa untuk tinggalkan sebarang komen.

Terima kasih

Mood saya hari ini

Mood Personalizer mood image

Mari Menjerit

faezil.net

Pengiklanan

Rakan Blogger

  • tak sedar kepalanya di tembak?: Orang yang ditembak di kepalanya tetapi baru tahu dia di tembak ,5 tahun kemudiannya? pelik tapi ben...

  • Warning: file_get_contents() [function.file-get-contents]: http:// wrapper is disabled in the server configuration by allow_url_fopen=0 in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466

    Warning: file_get_contents(http://www.duniafaris.com/feed/) [function.file-get-contents]: failed to open stream: no suitable wrapper could be found in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466
  • Azan Flower - Mekar Semasa Azan Berkumandang: Bunga AzanSubhanallah, laungan Azan yang mengalun merdu ternyata mampu membangunkan bunga-bunga yang...

  • Warning: file_get_contents() [function.file-get-contents]: http:// wrapper is disabled in the server configuration by allow_url_fopen=0 in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466

    Warning: file_get_contents(http://khairulfadhli.com/feed/) [function.file-get-contents]: failed to open stream: no suitable wrapper could be found in /home/faeziln/public_html/v4/wp-content/plugins/blogroll-rss-widget/blogroll-widget-rss.php on line 466

Faezil di Facebook

Yaya Wuz Here

wordpress

Blogger Vs WordPress

Untuk membina dan memiliki blog, terdapat 2 jenis platform yang paling popular iaitu blogger.com(blogspot) dan Wordpress. Wordpress yang ingin saya ceritakan di sini merujuk kepada sistem wordpress yang boleh dimuat turun dari laman WordPress.org, bukannya WordPress.com.

Ada yang tertanya-tanya, antara blogger dan wordpress, mana lebih bagus. Mari kita lihat ciri-ciri mereka :

Blogger/Blogspot

Kelebihan

  • Pengguna tidak perlu memiliki hosting kerana telah disediakan secara percuma oleh pihak Blogger
  • Pengguna tidak perlu mahir IT, khususnya pengaturcaraan.web
  • Mudah untuk rank di Google.com (pemilik sama)

Kekurangan

  • Terikat dengan peraturan hosting
  • Tidak boleh mencipta fungsi baru, melainkan hanya menggunakan fungsi sedia ada

Wordpress (Self Hosting)

Kelebihan

  • Boleh dipasang dihosting sendiri. Lebih bebas buat apa sahaja.
  • Boleh mencipta pelbagai fungsi lantaran wordpress bersifat opensource (kod boleh dilihat dan disunting)

Kekurangan

  • Perlu memiliki hosting dan domain sendiri (kos dan kemahiran mengendalikan hosting)
  • Perlu lebih sedikit kemahiran IT khususnya dalam pengaturcaraan. Walaupun Wordpress direka membolehkan ia digunakan tanpa melihat dan menyunting kod, apabila berlaku sebarang masalah, kadangkala memerlukan kita menyemak kod

 

Membina WordPress Theme Bahagian 2

Dalam wordpress theme, ada 2 file yang paling penting wajib ada, iaitu

  • style.css
  • index.php

Kedua² fail di atas wajib ada dan mesti dinamakan sebegitu rupa tanpa mengubah walau satu hurufpun. Anda boleh menggunakan fail css lain, contohnya layout.css tetapi fail style.css mesti ada

Ada lagi beberapa fail tambahan. Tiada pun tak mengapa, kerana jika tiada, wordpress akan pergi ke index.php. Tapi kalau ada lagi bagus

header.php/footer.php

Kebanyakan pembangun web yang profesional akan mengasingkan design mereka kepada bahagian header, isi dan footer. Ini memudahkan apabila nak mencipta isi baru yang berbeza format, tak perlu redevelop header dan footer. Hanya guna header asal sahaja.

Untuk memanggil header dan footer, letakkan kod di bawah di dalam fail isi (index.php)

{code type=php}

<?php get_header(); ?>

{/code}

{code type=php}

<?php get_footer(); ?>

{/code}

Letakkan di kawasan yang anda nak paparkan header dan footer. Biasanya kod header diletakkan di bahagian atas sekali (line pertama) dan kod footer di bahagian terakhir Continue reading

Segala-galanya WordPress ?

Dunia pembinaan laman web semakin rancak dengan adanya CMS. Sama ada CMS berbayar mahupun yangt percuma dan open source. Semestinya yang free dan ipensorce menjadi pilihan kerana bukan sahaja percuma (siapa tak suka percuma), bahkan kita boleh ubahsuai skripnya (itupun kalau pandai…hehehe).

Antara CMS yang menjadi kegeraman ramai masakini adalah Wordpress dan Joomla.org. Paling menonjol dah tentulah Wordpress lantaran demam blog melanda di seluruh dunia.

Ketaksuban terhadap Wordpress sehinggakan apa jua jenis web pun dibina berasaskan Wordpress.

Salah tu tidak lah. Bagi otai developer, tidak ada masalah bagi mereka lantaran mereka mampu menukar Wordpress menjadi apa sahaja sehingga hilang rupa dan imej blognya.

Tetapi bagi pengguna biasa, mereka amat bergantung harap kepada theme dan plugin yang digunakan. Kalau bernasib baik, jumpalah theme dan plugin yang dapat menukar imej blog kepada genre lain tetapi kebanyakannya gagal menghilangkan imej blog.

Maka terhasillah laman web e-commerce (web jualan), directori, komuniti tetapi mirip blog.

Ada yang teringin nak buat web genre lain tetapi melupakan hasrat mereka kerana tak jumpa plugin atau theme yang bersesuaian.

Sebenarnya dalam dunia ini ada banyak CMS. Bukan sekadar Wordpress atau Joomla.org sahaja.

Untuk membina forum, ada vbulletin (berbayar) atau phpbb (free).

Membina laman e-commerce, ada oscommerce, opencart, zen… Continue reading

Membina WordPress Theme Bahagian 1

Hari ini saya sedang mempelajari bagaimana mencipta sendiri wordpress theme, bermula dari kosong atau kata orang putih start form scratch. Daripada mana saya belajar ? Semestinya daripada bantuan encik Google.com yang tolong carikan webmaster² yang baik hati yang telah menulis nota mengenai pembinaan wordpress theme Di sini saya ingin berkongsi bagaimana untuk membina wordpress theme.

[box type="info"] Secara asasnya, fail yang perlu ada adalah :

  • index.php
  • style.css

[/box]

Kiranya ni theme yang paling sempoi di dunia. Fail index.php merupakan paparan web anda dan fail style.css, selain ia mengandungi format, ia juga mengandungi data theme anda. Cthnya nama theme, penciptanya dll

Buka fail style.css dan masukkan kod berikut :

{code type=css}
/*
Theme Name: Minisite Faezil
Theme URI: http://www.faezil.net/
Description: Minisite Versi Wordpress >
Author: Faezil Aidil
Author URI: http://www.faezil.net/
Version: 1.0
Tags: minisite
*/
{/code}

Gantikan nilai-nilai di atas dengan nilai korang sendiri .

Fail index.php pula mengandungi kod HTML dan merupakan paparan utama template anda. OK.. dengan anggapan anda semua sudah mahir.. kalau tak mahirpun tahu asas² HTML

Kebiasaannya, index.php ini akan dipecahkan kepada bahagian header dan footer. Hanya tinggal kandungan sahaja yang berada di index.php.

Namun untuk memudahkan newbie yang baru kenal HTML, saya tidak pecahkan ia… Continue reading