Membina WordPress Theme Bahagian 2
Dalam wordpress theme, ada 2 file yang paling penting wajib ada, iaitu
- style.css
- index.php
Kedua² fail di atas wajib ada dan mesti dinamakan sebegitu rupa tanpa mengubah walau satu hurufpun. Anda boleh menggunakan fail css lain, contohnya layout.css tetapi fail style.css mesti ada
Ada lagi beberapa fail tambahan. Tiada pun tak mengapa, kerana jika tiada, wordpress akan pergi ke index.php. Tapi kalau ada lagi bagus
header.php/footer.php
Kebanyakan pembangun web yang profesional akan mengasingkan design mereka kepada bahagian header, isi dan footer. Ini memudahkan apabila nak mencipta isi baru yang berbeza format, tak perlu redevelop header dan footer. Hanya guna header asal sahaja.
Untuk memanggil header dan footer, letakkan kod di bawah di dalam fail isi (index.php)
{code type=php}
<?php get_header(); ?>
{/code}
{code type=php}
<?php get_footer(); ?>
{/code}
Letakkan di kawasan yang anda nak paparkan header dan footer. Biasanya kod header diletakkan di bahagian atas sekali (line pertama) dan kod footer di bahagian terakhir Continue reading

