Melangkah ke versi baru 2.0

Pada suatu hari, seperti sebelum ini, mak hantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp calon jodoh.

Tak pasti ini calon keberapa. Dah banyak kali dah mak usulkan calon. Tapi nak buat macam mana mak, dah bukan jodoh. Soal jodoh soal perkahwinan bukan benda main-main. Sebab itulah kena pilih calon betul-betul. Bukan main asal pilih sebab tengok member lain dah kahwin. Atau memilih sebab tak tahan orang tanya bila nak kahwin.

Tapi calon yang mak usulkan kali ini nampak lain macam. Macam ada aura tersendiri mengalahkan aura Zamani Gegarvaganza 5.

Mak kata, dia seorang guru di sebuah sekolah di Rengit. OK jugak kalau dapat jodoh guru ni. Sebab mak dan ayah saya bekas guru. Adik saya pun ada yang bertugas sebagai guru.

Macam biasa, mak bagi no untuk dihubungi. Dan seperti biasa jugak la saya menggunakan saluran aplikasi WhatsApp. Kalau masa muda-muda dulu, ngorat aweks menggunakan sistem pesanan ringkas a.k.a SMS.

Perkenalan pertama menerusi aplikasli WhatsApp nampaknya agak positif. Kami saling berkenalan dan berkongsi butiran diri. Nampaknya dia seorang guru di sebuah sekolah rendah jenis kebangsaan cina. Merupakan seorang ustazah. Abang sulung dia juga seorang guru agama.

Untuk langkah seterusnya, saya dan ibubapa saya melawat keluarga beliau di Rengit. Lebih kurang pra-merisik la ni (yang mana akhirnya dianggap merisik).

Memandangkan kami sekeluarga belum pernah bertemu dan berkenalan antara satu sama lain, maka pertemuan kali ini lebih kepada sesi berkenalan. Lebih kurang 2 jam membuahkan satu pengalaman yang sangat positif. Mungkin kerana ibubapa saya seorang guru dan abang sulungnya juga seorang guru.